Cermin Melengkung
- Suatu lengkungan ialah sebahagian daripada satu bulatan. Oleh itu
- pusat bulatan juga merupakan pusat lengkungan.
- jejari bulatan juga sama dengan jejari lengkungan.
Istilah-istilah Penting
Pusat lengkungan, C | Pusat lengkungan, C cermin melengkung ialah pusat sfera dari mana cermin melengkung terbentuk. |
Kutub cermin, P | Kutub, P, ialah titik tengah cermin melengkung. |
Paksi utama | Paksi utama ialah garis lurus yang melalui pusat kelengkungan, C, dan kutub, P, suatu cermin. |
Jejari lengkungan, r | Jejari lengkungan, r ialah jarak antara pusat lengkungan C dengan cermin. |
Fokus utama, F | A point through which all rays travelling parallel to the principal axis converge to or appear to diverge from after reflection by the mirror. Fokus utama, F, suatu cermin melengkung ialah titik pada paksi utama di mana sinar tuju selari dengan paksi utama, menumpu (untuk cermin cekung) atau seolah-olah mencapah (untuk cermin cembung) selepas dipantulkan. |
Panjang fokus, f | Panjang fokus, f ialah jarak titik fokus utama, F, dari kutub cermin, P. |
Jarak objek, u | Jarak objek ialah jarak di antara objek dengan pusat lengkungan. |
Jarak imej, v | Jarak imej ialah jarak di antara imej dengan pusat lengkungan. |
Cermin Cekung
- Cermin cekung melengkung ke dalam dan memantulkan cahaya dari permukaan sebelah dalamnya.
- Apabila sinar cahaya yang selari mengena suatu cermin cekung, sinar cahaya akan dipantul balik ke arah dalam.
- Semua sinar pantulan akan menumpu pada suatu titik F yang dikenali sebagai titik fokus.
- Jarak dari titik fokus F ke kutub cermin P ialah panjang fokus cermin melengkung, f.
Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung
Peraturan 1Sinar cahaya yang melalui pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.
Peraturan 2
Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik melalui titik fokus F.
Peraturan 3
Sinar cahaya yang melalui titik fokus dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.
Cermin Cembung
- Cermin cembung melengkung ke luar dan memantulkan cahaya dari permukaan luarnya.
- Apabila sinar cahaya yang selari mengena cermin cembung, sinar cahaya akan memantul ke arah I uar.
- Sinar cahaya pantulan kelihatan seolah-olah tersebar dari suatu titik F, iaitu titik fokus, di belakang cermin.
- Cermin cembung juga dikenali sebagai cermin pencapah.
Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung
Peraturan 1Sinar cahaya yang menuju ke pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.
Peraturan 2
Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik seolah-olah dari titik fokus F.
Peraturan 3
Sinar cahaya yang melalui titik fokus F dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.
No comments:
Post a Comment