Wednesday, 18 January 2017

cermin Melengkung

Cermin Melengkung


  1. Suatu lengkungan ialah sebahagian daripada satu bulatan. Oleh itu
    1. pusat bulatan juga merupakan pusat lengkungan.
    2. jejari bulatan juga sama dengan jejari lengkungan.

Istilah-istilah Penting

All rays parallel to the principle axis will focus at F
Pusat lengkungan, CPusat lengkungan, C cermin melengkung ialah pusat sfera dari mana cermin melengkung terbentuk.
Kutub cermin, PKutub, P, ialah titik tengah cermin melengkung.
Paksi utamaPaksi utama ialah garis lurus yang melalui pusat kelengkungan, C, dan kutub, P, suatu cermin.
Jejari lengkungan, rJejari lengkungan, r ialah jarak antara pusat lengkungan C dengan cermin.
Fokus utama, FA point through which all rays travelling parallel to the principal axis converge to or appear to diverge from after reflection by the mirror.
Fokus utama, F, suatu cermin melengkung ialah titik pada paksi utama di mana sinar tuju selari dengan paksi utama, menumpu (untuk cermin cekung) atau seolah-olah mencapah (untuk cermin cembung) selepas dipantulkan.
Panjang fokus, fPanjang fokus, f ialah jarak titik fokus utama, F, dari kutub cermin, P.


Jarak objek, uJarak objek ialah jarak di antara objek dengan pusat lengkungan.
Jarak imej, vJarak imej ialah jarak di antara imej dengan pusat lengkungan.

Cermin Cekung

  1. Cermin cekung melengkung ke dalam dan memantulkan cahaya dari permukaan sebelah dalamnya.
  2. Apabila sinar cahaya yang selari mengena suatu cermin cekung, sinar cahaya akan dipantul balik ke arah dalam.
  3. Semua sinar pantulan akan menumpu pada suatu titik F yang dikenali sebagai titik fokus.
  4. Jarak dari titik fokus F ke kutub cermin P ialah panjang fokus cermin melengkung, f.

Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung

Peraturan 1
Sinar cahaya yang melalui pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.



Peraturan 2
Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik melalui titik fokus F.

Peraturan 3

Sinar cahaya yang melalui titik fokus dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.

Cermin Cembung

  1. Cermin cembung melengkung ke luar dan memantulkan cahaya dari permukaan luarnya.
  2. Apabila sinar cahaya yang selari mengena cermin cembung, sinar cahaya akan memantul ke arah I uar.
  3. Sinar cahaya pantulan kelihatan seolah-olah tersebar dari suatu titik F, iaitu titik fokus, di belakang cermin.
  4. Cermin cembung juga dikenali sebagai cermin pencapah.

Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung

Peraturan 1

Sinar cahaya yang menuju ke pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.

Peraturan 2

Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik seolah-olah dari titik fokus F.

Peraturan 3

Sinar cahaya yang melalui titik fokus F dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.

Cermin Satah

Imej Dalam Cermin Satah

  1. Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana imej terbentuk di dalam satu cermin satah disebabkan oleh pantulan cahaya.
  2. Imej yang terbentuk di dalam cermin satah adalah
    1. tegak
    2. maya
    3. songsang sisi
    4. sama sais dengan objek

Langkah-langkah Melukis Gambarajah Sinar Suatu Cermin Satah

    Langkah 1
    Lukis imej (I) di dalam cermin. Jarak imej = Jarak objek)
    Langkah 2
    Lukis 2 sinar pantulan dari cermin, satu dari imej ke bahagian atas mata pemerhati dan satu lagi dari imej ke bahagian bawah mata permerhati)
    Langkah 3
    ( Lukiskan sinar tuju dari objek bagi kedua-dua sinar pantulan yang dilukis dalam langkah 2)
    BAB 5 ; CAHAYA


    Nota: Sudut tuju dan sudut pantulan mesti diukur daripada normal. 

    Hukum Pantulan Cahaya

    1. Hukum pantulan cahaya menyatakan bahawa
      1. Sudut pantulan adalah sentiasa sama dengan sudut tuju.
      2. Sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal berada pada satah yang sama.

    Jenis Cermin